Diana Ylevol ღ
Sebelum aku pergi.
Friday, May 10, 2013 | 5:22 AM | 0 dazzle(s)

AWAK.

Kalau awak nak tahu saya sayang sangat dekat awak. Sebelum saya pergi maafkan saya kalau ada buat awak sakit kat mana mana. Saya hanya manusia biasa yang sering membuat salah. Selama saya hidup dimuka bumi Allah ini, saya gembira bila bersama awak. Saya hargai pertemuan kita. 

awak yang pernah menjadi seseorg yang sangat istimewa dihati saya
awak yang sntiasa buat saya tersenyum
awak yang sentiasa mengambil berat pasal saya
awak yg sentiasa bagi saya ujian kesabaran kerana perbezaan antara kita
awak banyak mengajar saya erti sabar dan setia.

Awak, belajarlah mengenai khidupan dunia ini untuk menjamin kehidupan hakiki disana, tiada orang lain yang dapat mengubah diri kita, selain daripada kita sendiri, insyaALLAH, doa saya akan sentiasa ada untuk awak, biarpun saya mungkin bukan lagi yang teristimewa dalam hidup awak, tak mengapa. Kerana saya YAKIN ALLAH MAHA MENGETAHUI segala yang terbaik buat kita.

 semoga awak bukan seperti awak yang saya kenal dulu,
dan saya juga bukan seperti yang awk kenal dulu,
semoga awak dan saya menjadi yang lebih baik setelah semua ini berlalu,
lebih baik DI PANDANGAN ALLAH,
amin.








OLD / NEW